Tuesday, 21 May 2013

Take care of urself,, Bye Angah.. ~

Hye asslammualaikum.. entry kali ni bukan pasal diri sendiri , isu semasa, politik mahupun keadaan terkini cuaca dunia.. haha.. tapi.. this is special about my beloved sister angah!
haa.. entry ni pasal kau,, harap kau terasa lah ye bile membaca.. *muehehe..*


ni hah budak nye yang nak pegi kedah..
jauhnya.. :'(

firstly, along nak cakap, I’m proud of your achievement, congrates..
secondly, bile dah sekian lama kau dalam kekusutan  nak memilih mahu dicampak kan di mana, weather,,



1. UiTM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal
                     OR
2. Matrik - Aliran Sais Tulen

At the end,, kaw choose Matrik jugak kan setelah dihasut habis-habisan oleh along, haha..
Btw, tat’s is good for you,, short sem je kan,, cepat,.. macam along amek diploma dah 3 tahun kene habiskan.. so nanti buat degree we can go together..

 Secondly..
sorry sangat2,, I’m begging for your forgiveness sebab along memang tak dapat nak hantar kau pergi kedah nanti.. memang nak sangat ikut sekali tapi apakan daya,, ada tanggungjawab yang lebih besar perlu dilaksanakan,, hikhiks! Takde lah.. main2 je lah kaw nii.. actually ade final exam lah… *ergh !
leceh kan dah nak hujung2 bulan pun ade exam.. normal lah tu,, life as a student,, kaw pun nanti merasa.. *padan muka!
J


Thirdly..
Jaga diri baik2 dekat sana,, jauh kott kedah,, ape2 hal terus inform ibu dgn abah kat Johor,,
jangan kau memandai settle sendiri or diam diri. Ingat!

jaga kesihatan.. kau dah bawak semua ubatkan.. kau tu dah lah rajin semput,, so jangan byk sgt minum ice,, kalau masa orentasi dia suruh kaw marathon cakap lah pasal semput kaw,, kalau kaw tak nak menyusahkan diri lah kene sedut gas..


lepas tu ..

this is the best point lah along nak bagi tau,, pasal makanan,, kat sana kaw akan banyak jumpa makanan yang pelik2 macam ni.. 

ni namenye bunga tanjung,, buat dari telur itik,
sedap sebab dia rebus dgn air gula,


yang ni name dia bunga dupak,,
yang ni pulak tak tau pulak rase dy mcm mane,,

ni name dy kuih karas, rupa mcm roti jala,
tapi kau jgn jadi orang jakun, ni ala2 keropok sikit,

along tau,, kau ni memilih sikit,, tu tak makan, ni tak makan,, pebende ntah.. hee..
but this is my advice,, kau bedal je lah,, makan je lah ape yang dia bagi kalau kaw tak nak kebuluran lah..
muehehe.. so make sure,, bile kau balik Johor along nak tengok kau dah gemuk ae,,
ni nak buat pengakuan, yang sebenarnya kau kurus sangat macam papan, serius weyh!
so… dah tak reti2 nak makan banyak2..

fourth
Jaga solat,, don’t ever and never to left it.. sebab even kite berusaha sekeras mana pun, tapi kalau kite lupa tanggungjawab kite dekat Allah,, kejayaan tu tak kan ade makna.. belajar, tawakal, ingt Allah, in sya Allah ape yang kau belajar berkat..
kat sana nanti rajin2 lah call ibu dengan abah.. at least 3 times per week ker..
as u know,, kau tau kan macam mana ibu dgn abah risau pasal kaw,, so jgn buat of any things yang boleh buat dorang risau..

Lastly..
take care of yourself,, of your diets,,of your solah,, and always behave..
and always remind of this words,, be the best among the best and try to be the top among the top.
and when u come back, bring your success..
Your sister,
Along .
J


Saturday, 11 May 2013

19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Thursday, 2 May 2013

As long as we did not getting HALAL..

kan sweet kalau cegini.. (^_^)


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN!!!!


* pasti kelak dirimu ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu

*mnyibukkn hati dgn merindui makhluk yg bukan halal bagi mu seumpama mmbuka pintu bagi syaitan mnjalankn strateginya utk melupakan mu kpd diri NYA yg ESA
*hati terseksa dgn barah rindu
*rindu palsu akan mmbelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bwh kawaln syaitan
*cinta lalai akn mnyebbkn dirimu lupa mempersiapkn diri utk kprluan dunia akhirt
*dirimu bleh jadi x rasional brfikir jika benar2 mabuk cinta
*jiwamu benar2 terganggu dlm menilai buruk baik
*jika berjaya melangkah kealam rumah tangga, nescaya atas dasar maksiat, yg mengundang padah kepada peribadi zuriatmu kelak
NA'UZUBILLAH!!!
(pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL)--FATIMAH SYARHA




wallahualam....hati2 dlm permainan hati dan prasaan..jgn smpai termasuk ke prngkp syaitan!!!

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’


Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
by NAZHATUL SHAFIQKA on MEI 3, 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama, khasnya kepada mereka yang ‘bercouple’ atau yang merasa kesedihan akibat putus cinta dan sebagainya, semoga artikel ini dapat dijadikan renungan bersama ..



Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’









“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia..”



“Kenapa pulak?”



“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”



Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..



Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.



Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.



~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.



Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.



Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?



Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita.



Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.



Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah ayat 216)



“biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”



Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan… Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.



Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.



Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.



Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.



” Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,



Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.



Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”



Wallahu Ta’ala A’lam

From NIZARU.COM

Tuesday, 26 February 2013

Marah sesuatu yang amazing..

Perubahan sikap dengan sikap marah ni selalu kite tengok bile face to face yang boleh buat kan dorang exposekan kemarahan masing2.. Kene caci maki tu ofc lah kan,, panas telinga je dengar.. nak tak nak kene jugaklah defend diri sendiri kadang2.. Paling malang bila dah level marah tu dah tahap out of control sampai hilang pertimbangan akal.. nauzubillah.. korang penah tak tak bertekak depan2 ? show habiskan.. rase puas.. tapi tu lah tak dapat ape pun nak marah2 nyy,, buat penat anak tekak jerr.. semua tau, expecially yg islam,, Allah dengan Rasulullah memang tak suka sifat marah ni, dan di assume sifat tu tercela, tengok lah betapa rendahnya seseorang tu dia marah.. Sebab nye marah ni boleh timbulkan attitude yang buruk kalau tak dikawal n dihapuskan sama sekali.. muhehe.. :) kalau dah marah mesti ade benci, mesti ade dendam plus sombong plus angkuh ! terkutuk betul ! Ja’far bin Muhammad pernah berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).” so still nak marah2 lagi ker? nak marah tu ade kebaikan ade keburukan, semua orang tak boleh elak lah dari nak marah,, tapi ade kesan lah.. ofc more to bad.. contohnya macam nyy,, konon2 permulaan bagi nak betulkan keadaan tapi bile dah bercakap tak ingat dunia,, hampeh je.. cube fahamkan ayat ni Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama. *lain sangat kan bile marah yang dipandu, dengan marah yang tak dipandu,, memang senang lah setan nak hasut2 bagi lagi panas hati tu,, *nasib baik tak rentung.. ni antara jenis2 orang yang boleh kite kenal dia mase dia marah,, agak2 korang tergolong dalam group yang mana ? a) Sudden Anger (Marah Mengejut) -Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”. b) Shame-based Anger - Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa. - Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain. c) Deliberate Anger - Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa. - Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain. - Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih. d) Addictive Anger (Ketagihan Marah) - Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan. - Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah. marah ni memang tak best sebab boleh sebab kan muka korang jadi buruk giler!! :) tak caye cube tengok cermin.. ade lagi satu fakta bile marah saluran salur darah boleh jadi sempit sebab setan berebut2 dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah. Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” [Surah al-Syura ayat 37]

Saturday, 9 February 2013

Makna doa iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Naha Suci Allah sepanjang hari dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan yang musyrik. sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Friday, 25 January 2013

Beramai2 masuk asrama..

tajuk beramai2 masuk asrama , but why? ape citer nyy? nak citer lah nyy .. tahun 2013 nyy adalah tahun beramai2 masuk asrama untuk family fika, masing2 nak masuk asrama n tinggalkan rumah.( sedihh..) fika memang dah lama jadi insider, sekarang dah jadi outsider punn.. mula2 dulu nak tinggalkan rumah memang lah sedih sangat, macam nak nangis sambil guling2 atas lantai.. tapi dah lama2 okey dah.. dah faham kan tanggungjawab nak belajar.. so situasi yg same dia cycling dekat adik2 fika pulak.. mula2 yg no 3 shahira, masuk asrama dekat tech jasin melaka, dia pun mcm fika, melalak jugak.. sedih lah nak tingglkan rumah, rindu bilik tidur, rindu bilik air,rindu suasana subuh mase kene kejut,hee.. sebenarnya rindu kan ibu abah n adik2 n segenap ruang dekat rumah.. so sekarang turn nana pulak, adik yg ke-4 untuk mengalami situasi yg sama, pun masuk asrama jugak, dia lagi sadis sebulan sekali je dapat balik.. haha.. tak dapat bayangkan bila ratu masuk asrama ape jadi ae? mesti dia tak sempat nak gorgeous2 kan.. haha.. tak berapa lama pulak nanti angah pulak masuk asrama.. maybe dia amek matrik or asasi kot, so 1 year je.. tak pe lah sekarang dia cuti panjang, xpe2 bagi dia lemak2 sikit nanti dah insider fika nak gelak kuat2 dekat dia, boleh tak, boleh tak? hee.. yg tinggal kat rumah cuma rina n the youngest one wani je.. tu pun bakal2 jugak nak jadi insider jugak.. kesian ibu dengan abah.. :( moksu pernah cakap ibu bagi tau kat dia,ibu selalu menangis malam2 sebelum tidur sebab rindukan kite org yg insider je.. tak pe.. kite org janji akan belajar sungguh2 n make you n abah proud of us.. ok promise...