Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
by NAZHATUL SHAFIQKA on MEI 3, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu artikel yang
menarik untuk dikongsikan bersama, khasnya kepada mereka yang ‘bercouple’ atau
yang merasa kesedihan akibat putus cinta dan sebagainya, semoga artikel ini
dapat dijadikan renungan bersama ..
Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan
dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia
sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk
berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah
keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari
diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri
pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada
iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu
mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat
dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak
ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi
episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan,
membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang
tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada
maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan
hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan?
Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah.
Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the
point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita.
Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau
perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu
sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah ayat 216)
“biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan
Allah kerana si dia.”
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan… Belum
tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’
bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya,
waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya
hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita,
keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika
dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan
pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya
dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad
termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana
hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa
itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang
mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut
mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah,
pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu
pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s
ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita
melebihi cinta kepada makhlukNya.
” Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta
kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri
cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi
orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta
orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa
yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau
cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya
Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku
kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu,
Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu
dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah
aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa
yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”
Wallahu Ta’ala A’lam
From NIZARU.COM
No comments:
Post a Comment