Tuesday, 26 February 2013

Marah sesuatu yang amazing..

Perubahan sikap dengan sikap marah ni selalu kite tengok bile face to face yang boleh buat kan dorang exposekan kemarahan masing2.. Kene caci maki tu ofc lah kan,, panas telinga je dengar.. nak tak nak kene jugaklah defend diri sendiri kadang2.. Paling malang bila dah level marah tu dah tahap out of control sampai hilang pertimbangan akal.. nauzubillah.. korang penah tak tak bertekak depan2 ? show habiskan.. rase puas.. tapi tu lah tak dapat ape pun nak marah2 nyy,, buat penat anak tekak jerr.. semua tau, expecially yg islam,, Allah dengan Rasulullah memang tak suka sifat marah ni, dan di assume sifat tu tercela, tengok lah betapa rendahnya seseorang tu dia marah.. Sebab nye marah ni boleh timbulkan attitude yang buruk kalau tak dikawal n dihapuskan sama sekali.. muhehe.. :) kalau dah marah mesti ade benci, mesti ade dendam plus sombong plus angkuh ! terkutuk betul ! Ja’far bin Muhammad pernah berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).” so still nak marah2 lagi ker? nak marah tu ade kebaikan ade keburukan, semua orang tak boleh elak lah dari nak marah,, tapi ade kesan lah.. ofc more to bad.. contohnya macam nyy,, konon2 permulaan bagi nak betulkan keadaan tapi bile dah bercakap tak ingat dunia,, hampeh je.. cube fahamkan ayat ni Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama. *lain sangat kan bile marah yang dipandu, dengan marah yang tak dipandu,, memang senang lah setan nak hasut2 bagi lagi panas hati tu,, *nasib baik tak rentung.. ni antara jenis2 orang yang boleh kite kenal dia mase dia marah,, agak2 korang tergolong dalam group yang mana ? a) Sudden Anger (Marah Mengejut) -Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”. b) Shame-based Anger - Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa. - Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain. c) Deliberate Anger - Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa. - Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain. - Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih. d) Addictive Anger (Ketagihan Marah) - Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan. - Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah. marah ni memang tak best sebab boleh sebab kan muka korang jadi buruk giler!! :) tak caye cube tengok cermin.. ade lagi satu fakta bile marah saluran salur darah boleh jadi sempit sebab setan berebut2 dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah. Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” [Surah al-Syura ayat 37]

Saturday, 9 February 2013

Makna doa iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Naha Suci Allah sepanjang hari dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan yang musyrik. sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam

Friday, 25 January 2013

Beramai2 masuk asrama..

tajuk beramai2 masuk asrama , but why? ape citer nyy? nak citer lah nyy .. tahun 2013 nyy adalah tahun beramai2 masuk asrama untuk family fika, masing2 nak masuk asrama n tinggalkan rumah.( sedihh..) fika memang dah lama jadi insider, sekarang dah jadi outsider punn.. mula2 dulu nak tinggalkan rumah memang lah sedih sangat, macam nak nangis sambil guling2 atas lantai.. tapi dah lama2 okey dah.. dah faham kan tanggungjawab nak belajar.. so situasi yg same dia cycling dekat adik2 fika pulak.. mula2 yg no 3 shahira, masuk asrama dekat tech jasin melaka, dia pun mcm fika, melalak jugak.. sedih lah nak tingglkan rumah, rindu bilik tidur, rindu bilik air,rindu suasana subuh mase kene kejut,hee.. sebenarnya rindu kan ibu abah n adik2 n segenap ruang dekat rumah.. so sekarang turn nana pulak, adik yg ke-4 untuk mengalami situasi yg sama, pun masuk asrama jugak, dia lagi sadis sebulan sekali je dapat balik.. haha.. tak dapat bayangkan bila ratu masuk asrama ape jadi ae? mesti dia tak sempat nak gorgeous2 kan.. haha.. tak berapa lama pulak nanti angah pulak masuk asrama.. maybe dia amek matrik or asasi kot, so 1 year je.. tak pe lah sekarang dia cuti panjang, xpe2 bagi dia lemak2 sikit nanti dah insider fika nak gelak kuat2 dekat dia, boleh tak, boleh tak? hee.. yg tinggal kat rumah cuma rina n the youngest one wani je.. tu pun bakal2 jugak nak jadi insider jugak.. kesian ibu dengan abah.. :( moksu pernah cakap ibu bagi tau kat dia,ibu selalu menangis malam2 sebelum tidur sebab rindukan kite org yg insider je.. tak pe.. kite org janji akan belajar sungguh2 n make you n abah proud of us.. ok promise...

Tahun Baru ,Cerita Baru , Azam Baru ,

Assalammualaikum ,, Happy new year 2013 :)
kalau ikut calendar memang lah setiap hari akan berganjak sehingga melangkah masuk ke tahun baru,
tapi pengisian tu penting ,, so hows? :)
lets continue typing...

fika untuk new year ni macam2 yg fika dah fikir, nak buat tu,, nak buat ni.. banyak sangat lah yang nak buat,
in sya Allah Allah tolong n permudahkan..

untuk tahun ni no more hostel, no more ticketing bus , plusplusplus.. hehee..
fika moved duduk rumah sewa , very comfortable , sangat selesa ..
y fika cakap sangat selesa , sbb nye , everything complete , tinggal masuk cuci kaki je..
he provide plasma TV , air cond ,set perabut ruang tamu , meja makan , dapur memasak, katil + bantal,
iron board pun ade ,, wifi , almari baju ..washing machine, ice box , yang paling best seoarang dapat satu bilik,
no sharing ,, n yg owesome, katil double dec, so ikut suke hati nak tidur atas ke bawah ,,sbb tak de orang kisah n tak kan timbul pergaduhan untuk berebut katil, sbbnye sorang satu bilik,

housemate fika including me 4 orang jee.. sebab tak bising2 ,, tak nak ade masalah kekotoran n else..
house rent sangat berdekatan dengan kolej,
nak mudahkan lagi cerita kalau nak balik minum pun sempat..
so tiada lah timbul soalan2 seperti ini , ( kalau hujan macam mana nak balik ae? , kalau panas terik macam mana ae? kalau tertinggal buku macam mana ae? kalau ade gap panjang mcm mana ae? )
so tiada kedengaran lagi keluhan seperti itu,, huu...

okey2,, the second story is about education ,, misi bermatian2 untuk meningkatkan pointer.. haha..
mase nak naik sem baru tu fika dah dapat result pointer, so alhamdulillah pointer sangat2 memberangsangkan,,

so azam kali ni nak up lagi pointer (tamaknye) biar tamak nak dapatkan ilmu jgn tamak haloba nak dapatkan something yg useless.. al maklumlah nak dapatkan biasiswa mara kene lah tamak haloba sikit.. :)

new subject more to business ,, sbb ade account n finance , ade business information system.. ade marketing.. ade generate business using e-commerce,, so quite interesting lah..

the third is.. no more coupling.. :) ....
azam pada diri untu tidak ade kaitan denagn mana2 lelaki.. no spekulasi.. bukan ape tak nak semak kan fikiran.. eventhough dah janji kalau boleh biarlah habis degree dulu plus keje baru fikir pasal lelaki..
sekarang susah nak cakap n nak bagi faham.. strictly pintu hati susah nak terima sape2,, maybe sebab dah hari2 doa kat Allah supaya selagi fika belum bersedia, n selagi belum ade kewajipan nak bercinta jgn hadirkan rasa cinta tu .. urmmm.. nak elakkan maksiat, zina mata, zina hati, zina telingan n mcm2 lagi..

biarlah cinta yg hadir tu datang tepat pada masanya n Allah redha ..
biar hati terjaga, jodoh tu kalau boleh semua orang nak yg baik2 , yg soleh, yg mampu bimbing kita masuk syurga, in sya Allah..

the fourth is.. transformasi diri..
cerita ni berkenaan dgn rohani n jasmani.. haha.. bertekad nak jadi seorang muslimah yang solehah n mujahadah.. so maka berlakulah jihad jiwa ,
tau tak ape maksud jihad jiwa?
mcm jihad melawan nafsu ,, bejihad melawan keburukan diri sendiri..

kalau dulu solat tak cukup 5 waktu, tapi sekarang beazam nak cukupkan plus nak solat2 sunat sekali..
kalau dulu akhlak kadang2 tak jaga, so sekarang semua kene jaga, ada batas..
memang lah nak mendekatkan diri dengan tuhan tu payah, byk sgt halangan, tapi kalau berusaha n yakin dengan janji Allah untuk orang2 yg beriman dijanjikan syurga ensure semua orang tak nak buat jahat..

so... uolls ape azam tahun baru? :)


Monday, 3 December 2012

Edisi Journey Chapter 2 ~ PUTRAJAYA

Assalammualaikum *nada manja* now kita akan masuk penceritaan Chapter 2 pulak ye murid2. . Untuk entry yang lepas fika dah share pasal journey ke MAHA 2012 kat uolls right. . okey now we on about PUTRAJAYA. Lepas dah drive dari MAHA our family otw ke Putrajaya untuk berjumpa dengan nenek yang berada di rumah moksu fika , time tu moksu and her husband tak de kat rumah sebab still office hour , so yang ada dekat rumah dia cuma nenek , anak moksu Adam Harith,Leyla Soraya dgn Aliya Sofia and her maid . . Ni baru first time fika pergi sana sejak moksu pindah dekat rumah beru dia . Okey we all lunch dekat rumah moksu sebab nak lunch dengan nenek .. Sampai sana around 3 gitu . . Kat sana cuma lepak-lepak n merehatkan diri je . . sebab cousin2 yang ada kat sana semua still kecik2 lagi . . macam budak leyla ni
masa dah nak balik tu dalam 5.30 gitu si leyla ni boleh cakap dekat abah "Cik Usop leyla nak ikut balik" and abah reply "leyla mana boleh ikut.." then leyla terus je call moksu and dia mintak fika dailkan no ibu dia. "ibu boleh tak leyla nak ikut Cik usop, boleh tak ibu?" *sound so cute lah leyla* then her mother reply "no" leyla dah start nak nangis n dia ajak fika naik pergi bilik dia , fika just follow n korang nak tau budak kecik lagi genius ni dia terus buka almari dia then terus amik baju beberapa helai untuk dibawa bersama nak ikut kite orang balik Jb. *Amazed* Malang bagi dia sebab dia terlalu kecil nak ikut kite orang tanpa ibu dia , fika pujuk dia lain kali bila leyla dah besar sikit boleh ikut , dia tak berhenti2 menangis. . nana sempat take rec dia menangis tu . . okeyy2 . . untuk Chapter 3 will be held after this okeyy . .

Sunday, 2 December 2012

Dalam bandar ada Kampung ~edisi Journey

hello3.. what up! (eh!) Assallammualaikum readers .. first at all haissyy beria nye saye nak upload blog.. dah lama birkan blog ni bersawang plus berhabuk actually.. fuhhfuhh..!! *tiup habuk sikit* well2.. malam ni cik shafiqa a.k.a Miss programmer nak cerita . . sebelum nak cerita cik shafiqa nak bertanya lah dahulu kepada anda anda anda dan anda adakah berasa lapar ditengah-tengah malam apabila semua penghuni rumah yang lain sedang nyenyak tidur? itulah yang cik shafika rasakan sekarang .. *menahan nafsu makan untuk misi berdiet *eceh!* berbalik pada tajuk n cerita di atas yang tak habis tu di sini saya nak bagi tahu pengalaman berada di MAHA 2012 di serdang . bunyi nya macam familiar je? eh tak penah tengok tv ke baca berita ke dik hoii.. yang orang macam dalam tin sardin berpusu-pusu pergi dekat situ?

 untuk pergi kesana adalah tidak di planning dari awal, semua nya last minute baru ibu dan abah inform. Esok nak pergi malam sebelumnya baru cakap. malam tu memang tidur lambat lah sebab nak cari baju,tudung semuanya nak digosok a.k.a iron.

Esoknya lepas solat subuh terus bertolak dari Jb ke Serdang semata-mata nak pergi MAHA tu.. dalam perjalanan fika banyak tidur je sebab itu je lah aktiviti yang paling best boleh buat . korang pun samakan tiap kalai naik kereta je bagi sesiapa yang tak drive mesti tidur punyalah! *ecehceh... mengaku je lah..* sampai serdang dalam pukul 10 pagi sebab ada tersesat masa nak cari jalan. almaklumlah masuk tempat orang tak sah kalau tak sesat. Sampai di MAHA serius weyh penuh sesah tahap Dewa!

dah dapat park je kereta terus round satu MAHA, mula2 we all tuju dekat booth pertanian. Bila masuk je memang gempak lah banyak betul buah. okey2 meh fika sebut kan antaranya manggis,rambutan,pelam,tembikai,duku,betik,rock mellon,langsat banyak lagi lah.. tak tersebut dan yang paling buat fika bukak mata besar-besar bila nampak DURIAN! cakap dengan abah, abah pun borong durian sampai berbakul2 .. actually boleh makan kat sana je suruh orang dia kopekkan then makan ala2 open concept gitu.. memang AWESOME lah cakap.. lepas dah kenyang telan durian masanya untuk kita memecahkan lebihan-lebihan lemak yang baru saja diisi tadi ye.. oh semestinya dengan berjalan 10 ribu langkah *yeker yeker*

sebenarnya tak berjalan mana pun sebab we all naik open bus yang MAHA sediakan untuk pengunjung MAHA secara percuma ok, sekali lagi PERCUMA haha. fika round dekat MAHA tu mostly naik open bus tu jelah, penat weyh nak jalan kaki. nak tau tak ape fika nampak? nak tau tak, nak tau tak? *ok sudah* ada sawah padi.. awesome tak dekat serdang ada sawah? *hek eleh.. tu pun nak citer* hoii mesti lah nak citer sebab pengalaman yang tak semua orang dapat. *terbakar* ape lagi eh,hah.. ladang nanas, sangkar penternakan ikan yang memang besar besar besar.. ladang Lembu. lembu kat sana memang terbaik sebab kalau korang buat korban bagi satu kampung makan pun belum tentu habis.. tapiyang tak bestnya kat panas biasalahkan cuaca khatulistiwa dekat Malaysia ni.. tapi I panas., feel hot.. *bajet omputih*

and you know what tengah2 berjalan ny kasut boleh pulak putus.. alahai! nak tak nak terpaksa lah jalan pelan2 cat walk mcm gadis ayu *kipas muka panas2* memang terbakar weyh dengan jalan pelan yang amat macam tu plus terik mentari membakar kulit lagi. i need sunblock please! nasib fika memang baik lah sebab ape tau dari jauh nampak kedai kasut dah melambai-lambai.. bila dah nampak tu memang bahagia betul rasa..I'm coming, I'm coming! sampai sana terus pilih kasut yang chantek chantek chantek! dapat lah satu yang berkenan di hati and nak tau harga dia berapa only RM10 girls! murahkan.. cantik plus murah, *ala bukan orang tau pun aku pakai kasut murah, yg penting chantek sudah*

bila dah dapat kasut baru , kasut lama dilupkan .. begitu lah lumrah alam.. macam EX couple yang dilupakan,EX scandal EX3.. (eh?) next time fika update pasal EX3 pulak ae.*sengaja* kat sana tak dapat beli banyak barang sebab kusangka kan panas hingga ke petang rupa nya hujan lebat giler di serdang.. so fika cuma dapat beli kasut dengan Baju dress je. on the road we all otw kemana pulak ye? nak tau tunggu entry journey chapter 2 pulak okeyy *tepuktepuktepuk!* gambar2 akan di upload kemudian..