Sunday, 2 December 2012

Dalam bandar ada Kampung ~edisi Journey

hello3.. what up! (eh!) Assallammualaikum readers .. first at all haissyy beria nye saye nak upload blog.. dah lama birkan blog ni bersawang plus berhabuk actually.. fuhhfuhh..!! *tiup habuk sikit* well2.. malam ni cik shafiqa a.k.a Miss programmer nak cerita . . sebelum nak cerita cik shafiqa nak bertanya lah dahulu kepada anda anda anda dan anda adakah berasa lapar ditengah-tengah malam apabila semua penghuni rumah yang lain sedang nyenyak tidur? itulah yang cik shafika rasakan sekarang .. *menahan nafsu makan untuk misi berdiet *eceh!* berbalik pada tajuk n cerita di atas yang tak habis tu di sini saya nak bagi tahu pengalaman berada di MAHA 2012 di serdang . bunyi nya macam familiar je? eh tak penah tengok tv ke baca berita ke dik hoii.. yang orang macam dalam tin sardin berpusu-pusu pergi dekat situ?

 untuk pergi kesana adalah tidak di planning dari awal, semua nya last minute baru ibu dan abah inform. Esok nak pergi malam sebelumnya baru cakap. malam tu memang tidur lambat lah sebab nak cari baju,tudung semuanya nak digosok a.k.a iron.

Esoknya lepas solat subuh terus bertolak dari Jb ke Serdang semata-mata nak pergi MAHA tu.. dalam perjalanan fika banyak tidur je sebab itu je lah aktiviti yang paling best boleh buat . korang pun samakan tiap kalai naik kereta je bagi sesiapa yang tak drive mesti tidur punyalah! *ecehceh... mengaku je lah..* sampai serdang dalam pukul 10 pagi sebab ada tersesat masa nak cari jalan. almaklumlah masuk tempat orang tak sah kalau tak sesat. Sampai di MAHA serius weyh penuh sesah tahap Dewa!

dah dapat park je kereta terus round satu MAHA, mula2 we all tuju dekat booth pertanian. Bila masuk je memang gempak lah banyak betul buah. okey2 meh fika sebut kan antaranya manggis,rambutan,pelam,tembikai,duku,betik,rock mellon,langsat banyak lagi lah.. tak tersebut dan yang paling buat fika bukak mata besar-besar bila nampak DURIAN! cakap dengan abah, abah pun borong durian sampai berbakul2 .. actually boleh makan kat sana je suruh orang dia kopekkan then makan ala2 open concept gitu.. memang AWESOME lah cakap.. lepas dah kenyang telan durian masanya untuk kita memecahkan lebihan-lebihan lemak yang baru saja diisi tadi ye.. oh semestinya dengan berjalan 10 ribu langkah *yeker yeker*

sebenarnya tak berjalan mana pun sebab we all naik open bus yang MAHA sediakan untuk pengunjung MAHA secara percuma ok, sekali lagi PERCUMA haha. fika round dekat MAHA tu mostly naik open bus tu jelah, penat weyh nak jalan kaki. nak tau tak ape fika nampak? nak tau tak, nak tau tak? *ok sudah* ada sawah padi.. awesome tak dekat serdang ada sawah? *hek eleh.. tu pun nak citer* hoii mesti lah nak citer sebab pengalaman yang tak semua orang dapat. *terbakar* ape lagi eh,hah.. ladang nanas, sangkar penternakan ikan yang memang besar besar besar.. ladang Lembu. lembu kat sana memang terbaik sebab kalau korang buat korban bagi satu kampung makan pun belum tentu habis.. tapiyang tak bestnya kat panas biasalahkan cuaca khatulistiwa dekat Malaysia ni.. tapi I panas., feel hot.. *bajet omputih*

and you know what tengah2 berjalan ny kasut boleh pulak putus.. alahai! nak tak nak terpaksa lah jalan pelan2 cat walk mcm gadis ayu *kipas muka panas2* memang terbakar weyh dengan jalan pelan yang amat macam tu plus terik mentari membakar kulit lagi. i need sunblock please! nasib fika memang baik lah sebab ape tau dari jauh nampak kedai kasut dah melambai-lambai.. bila dah nampak tu memang bahagia betul rasa..I'm coming, I'm coming! sampai sana terus pilih kasut yang chantek chantek chantek! dapat lah satu yang berkenan di hati and nak tau harga dia berapa only RM10 girls! murahkan.. cantik plus murah, *ala bukan orang tau pun aku pakai kasut murah, yg penting chantek sudah*

bila dah dapat kasut baru , kasut lama dilupkan .. begitu lah lumrah alam.. macam EX couple yang dilupakan,EX scandal EX3.. (eh?) next time fika update pasal EX3 pulak ae.*sengaja* kat sana tak dapat beli banyak barang sebab kusangka kan panas hingga ke petang rupa nya hujan lebat giler di serdang.. so fika cuma dapat beli kasut dengan Baju dress je. on the road we all otw kemana pulak ye? nak tau tunggu entry journey chapter 2 pulak okeyy *tepuktepuktepuk!* gambar2 akan di upload kemudian..

No comments:

Post a Comment