Syukur Kini Aku Menutup
Aurat Dengan Sempurna!
Posted by MOHD ISLAM on 29/10/13
19
|
19
|
Detik waktu yang
semakin hari semakin membuka mata aku yang sedikit sepet ini untuk melihat
betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di
hadapan ajnabi. Aku masih samar dan hampir setahun lebih mencari identiti diri
dengan membandingkan diri aku dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah,
bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih
berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai
cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan
aku.”
“Aku nak hias
elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi
kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati aku.
Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran aku.
Aku pernah terfikir
untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk
ke alam kampus. Namun, aku terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat
keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran aku terus
berputar mengatakan bahawa, jika aku ingin berubah untuk menutup aurat dengan
sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak
dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa aku menyedari, Allah telah
membuka pintu hati aku secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya
untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari
syurga yang abadi.
Dan aku yakin,
segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak
bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang
terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu
hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang
dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah
bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran
yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je,
perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup
melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak
berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian
sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai
berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan
Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk
menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan
perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik.
insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di
sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup
cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah
sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku
berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang
dulunya berpakaian ‘rockers’ dan secara drastiknya dia memakai tudung bulat
labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.
Lantas mindaku
berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul
segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian
makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang
diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah
sempurna sangat tapi mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan
aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit. Sudah jelas
dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah
menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi,
pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda
kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Sekiranya kita sendiri mengkhianati diri kita, dan
membuat kezaliman terhadap diri kita, maka siapa akan menolong kita nanti.
“…Wahai manusia!
Sesungguhnya kezalimanmu bahayanyaakan menimpa dirimu sendiri; itu hanya
kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami
kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Yunus: 23)
Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak
usah lah nak buka sini buka sana.
Dan… Al-Quran tidak ada keraguan padanya. Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 2)
Jom sama-sama berubah! INIKALILAH!
Sumber asal : iluvislam.com
Sumber asal : iluvislam.com