Sunday, 25 November 2012
~ Duhai Hati ~ -_-
~ Duhai Hati ~ -_-
sukarnya hijrah hati
astaghfirullah... masih terpaut pada dunia hina
bukankah kita tahu ini hanya sementara?
habis tu mengapa ? mengapa ?
Duhai Hati...
oh, adakalanya tercalit kotoran...
telah di cuci berkali-kali,
benci.
pada diri
sendiri.
Namun.. Yakinlah..
hanya padaNYA yang...
MAHA PENGASIH,
MAHA PENYAYANG,
MAHA PENGAMPUN..
semoga dititipkan HIDAYAH dan diberi petunjuk ke jalan SYURGA olehNYA..
Allah. Allah. Allah. Allahu Akhbar ;)
# bila hati mula berpuitis :( hurmmmm..
Thursday, 22 November 2012
Sunyi Dalam Hati Siapa Yang Tahu
Terlukis sebuah senyuman pada bibir mungil dan wajah aku yang sentiasa ceria dan gembira. Galak aku berbicara dan bergurau-senda yang kadang kala mengundang cemburu di hati yang memandangku. Wah betapa beruntungnya si dia, nampak hidup bahagia dan ceria. Tapi sunyi dalam hati siapa yang tahu?
Aku juga punya perasaan sama seperti manusia yang lain. Ada ketikanya gembira, ketawa, sedih dan juga saat aku menangis. Tapi sudah sifat semulajadiku lebih suka memendam. Biarku menangis bersama hujan yang lalu membasahi bumi agar kelak tiada siapa yang tahu luka dihati. Gundah di dalam hati biarlah aku simpan sendiri. Tersimpan termaktub dalam diari hidupku.
Hatiku yang kosong seumpama kegelapan di satu lorong yang tiada penghujungnya. Bahaya menanti jika aku tidak mencari sinar cahaya menerangi kegelapan ini. Namun rasa kosong ini tidak semestinya diisi dengan teman hati bernama lelaki. Kerana ada yang lebih baik telah lama sedia disisiku iaitu Allah tuhan semesta alam dan Al-Quran pegangan hidup sepanjang zaman. Allah yang Maha Mengetahui segala kesunyian hatiku dan Al-Quran pengubat segala kesunyian hati ini.
Bicara sunyi hati ini bukanlah kerana dari pandangan manusia yang sering meneliti, tetapi dalam pencarian mencari kebahagiaan yang hakiki. Kadang-kadang timbul keraguan di hati dalam pencarian ini. Namun jika benar itu telah tersurat secara hakiki, maka pasti akan aku hargai sepenuh hati.
Setiap yang dilakukan biarlah ikhlas keranaNYA. Biarlah beribu mata memandang serong, kerana pengukur keikhlasan kita denganNYA bukanlah pada pandangan manusia. Aku akan terus tabah dan tersenyum menghadapi segala dugaan kehidupan kerana aku ada MU sentiasa disisiku YA ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Cinta Allah adalah cinta yang hakiki.
Tuesday, 13 November 2012
Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat
Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat: Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para ...
Monday, 12 November 2012
Marah ? sikap paling Aku benci..
Marah adalah sejenis sikap negatif yang amat merbahaya untuk aku dan orang2 disekeliling..
Adakah sifat marah itu perlu dirawat ?? ohh.. harus.. tapi bagaimanakah? *baku nye ayat
Aku pun sedang mencari2 penawar sifat marah yang paling berkesan dan sangat drastik.
adalah tidak bagus mengamalkan sikap ini untuk anak dara macam aku.. *well,, sape2 pun..
jadi sesuatu tindakan yang bijak harus aku buat, apakah? (EH?)
"shafika.. tak elok marah2 ni nak.." yaa.. aku tau tu.. itu semua adalah sifat buruk lagi busuk yang berada jauh dalam jiwa. Harus lah diingatkan aku kene fight3! dengan sifat marah yang sangat kejam lagi derhaka tu.. geram! *eh, kau marah ker?
adalah sangat tidak baik kesan nya ya murid2.. bile marah habis kau lempang orang sana sini, itu dikira peringkat tindakan luar batasan yang paling baik hati, tapi cuba kau fikirkan dari sudut yang sampai tahap yang kau sendiri pun tak lalu nak cakap..
Jadi bersempena dengan Maal hijrah yang akan datang ni, bersama2 lah kita beramai2 mengubah tabiat ataupun sikap marah yang sememangnya akan menghancurkan diri sendiri. *ade kene mngena okeyy.
Adakah sifat marah itu perlu dirawat ?? ohh.. harus.. tapi bagaimanakah? *baku nye ayat
Aku pun sedang mencari2 penawar sifat marah yang paling berkesan dan sangat drastik.
adalah tidak bagus mengamalkan sikap ini untuk anak dara macam aku.. *well,, sape2 pun..
jadi sesuatu tindakan yang bijak harus aku buat, apakah? (EH?)
"shafika.. tak elok marah2 ni nak.." yaa.. aku tau tu.. itu semua adalah sifat buruk lagi busuk yang berada jauh dalam jiwa. Harus lah diingatkan aku kene fight3! dengan sifat marah yang sangat kejam lagi derhaka tu.. geram! *eh, kau marah ker?
adalah sangat tidak baik kesan nya ya murid2.. bile marah habis kau lempang orang sana sini, itu dikira peringkat tindakan luar batasan yang paling baik hati, tapi cuba kau fikirkan dari sudut yang sampai tahap yang kau sendiri pun tak lalu nak cakap..
Jadi bersempena dengan Maal hijrah yang akan datang ni, bersama2 lah kita beramai2 mengubah tabiat ataupun sikap marah yang sememangnya akan menghancurkan diri sendiri. *ade kene mngena okeyy.
Sunday, 4 November 2012
Petanda Anda Patut Berhenti Facebook
Ya, anda sememangnya patut berhenti bermain Facebook sekiranya anda mempunyai salah dua daripada salah satu petanda ini. Lebih gila, anda yang mempunyai KESEMUA simptom- simptom tersebut. Mungkin Mark Zukenbeg patut jadikan anda bisnes partnernya.
1) Marah sekiranya terdapat perubahan pada Facebook - Ada satu ketika tu, Facebook banyak kali wat perubahan. Timeline la, limit add friend la, chatbox bertukar- tukar la, sampai tak sedar ada dikalangan kita yang maki- maki, keluarkan perkataan tak elok, sampai ada yang ugut nak tutup facebook (padahal smpai skg dok guna lagi, silap- silap ada 3 4 akaun).
2) Selalu komen FIRST - Tak taulah dari mana fenomena komen FIRST ni datang. Ada yang cakap mereka ni kurang kasih sayang dan perlukan perhatian. Andai anda tergolong dalam kumpulan ini, keluarlah ke dunia nyata mencari rakan- rakan sebaya dan buatlah aktiviti berfaedah dari menunggu penampar dari kawan- kawan sebab annoying dengan komen anda.
3) Check-in setiap tempat - Memanglah Facebook bagi kemudahan nak check-in tapi untuk kita berkongsi tempat- tempat menarik dan bermanfaat untuk semua. Ini kat umah pun nk check in, atas katil pun sama, tgk tv kat umah pun nak check in, beli barang kat kedai runcit Pak Harun kat pekan pun nak check in. Serius weh, no one care.
4) Ambil gambar muka sendiri - Serius, tak rasa bersalah ke amik gambar muka sendiri depan webcam, depan cermin tandas pastu buat DP atau Profile Picture? Kalau anda seorang yang berkeyakinan tinggi pun, tolonglah keluar jenjalan kat luar, ajak kawan- kawan hang-out. Then, snap lah gambar- gambar yang menarik sikit untuk dibuat DP. Untung-untung seronok keluar dgn kawan anda dapat, memori- memori sweet pun anda dapat bersama rakan. Tolonglah!!!!
5) Kerap chat, wall to wall dan inbox dgn kawan baik - Kawan Baik atau dlm istilah lain adalah seseorang yang rapat, kerap melakukan aktiviti bersama, kongsi susah senang suka duka dan ia dilakukan di DUNIA NYATA. Sekiranya anda nak keluar makan pun kena tulis kat wall kawan, nak pinjam sesuatu pun nak kena chatting, nak cakap rindu kat kawan pun kena ber wall to wall, padahal kawan stay beberapa blok ja dari umah anda atau sekelas, anda bakal menghadapi masalah besar!
6) Lupa tarikh penting, besday kawan. - Ingat tak dulu- dulu kalau kita tandakan kat kalendar bila besday kawan kita, tarikh- tarikh penting, atau apa- apa event yang penting. Sweet kan memori tu? Tapi sekarang dunia sudah berubah di mana semuanya guna Facebook ja. Tak taulah samada anda sememangnya popular atau tak ingat tarikh besday mak sendiri. Ye la, mak kan xda Facebook. Caittttt..!!!!!
7) Berlumba tambah rakan - Jumlah kawan di Facebook tidak menunjukkan itu adalah yang benar di dunia sebenar.Kalau anda didapati bersedih dan tertekan disebabkan jiran sebelah rumah mempunyai kawan beribu dari anda di Facebook, jauhkanlah diri anda dari Facebook dan keluarlah mencari kawan- kawan di dunia sebenar.
8) Berhutang sebab game dalam Facebook - Poker Zynga, Famville dan Mafia Wars atau sekiranya anda merupakan salah seorang yang ketagih main salah satu game yang terdapat dalam Facebook, di samping menyemakkan News Feeds kawan- kawan dalam Facebook yang mengatakan anda baru beli lembu, kambing, rampas kawasan jajahan geng- geng lain itu sememangnya dah teruk. Lagi teruk, duit simpanan dalam akaun anda telah susut atau anda sanggup berhutang dengan keluarga atau rakan- rakan semata- mata nak kekalkan level anda dalam game tersebut. Anda patut berhenti. Ini serius!
9) Update status dalam tandas - Sampai nak memerut pun nak bagitau kat satu dunia ke yang anda sedang tuuuutttdalam tandas. Letak la henset tu dulu kat bawah. Tak pun simpan la dalam beg atau kocek dulu. Selesaikan dulu apa yang patut. Bila perkara yang tak sepatutnya di ceritakan kepada umum tetapi anda menganggap itu perkara biasa, itu memang masalah. Tapi sekiranya dalam tandas ada disediakan PC semata- mata untuk anda berfacebook, anda didapati TIDAK BERSALAH. Hehehe.
10) Update status banyak kali - Kadangkala saat indah, manis, lawak dan sedih sememangnya tak salah share dengan kawan- kawan di facebook. Tapi kalau dalam sehari anda update status setiap jam, mungkin setiap dua minit asyik- asyik update yang anda “ Sedang berjalan“, “Makan bersama……“, “Minum air jap“, “bosan“, “tgk tv, tv tgk aku” atau apa yang seangkatannya, sedarlah yang kawan- kawan dah meluat dengan anda. Silap haribulan, anda masih dalam friendlist mereka dalam Facebook, tapi mereka dah unsubscribe segalanya tentang anda jadi anda tak termasuk la dalam news feed mereka. Tak mustahil kadang- kadang anda tertanya, “Eh, aku dah update kat FB aritu, tak baca ek?Ni mesti u tak like status i kan“. Kawan pun “ Ye ke, lupalah, sori:p“. Sendiri mau ingatlah ye:)
Saturday, 3 November 2012
Mewahnya Sultan Brunei
Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.
Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.
Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?
Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.
Kisah Pau dan Teh Tarik
Abang, Adik lapar. Kesian si abang bila melihat si adik yang lapar. Sudah sehari dapur rumah mereka tidak berasap. Ayah dah lama meninggal. Si ibu pula tengah terbaring di bilik, demam panas. Ubatpun belum sempat dibelikan. Risau pula si Abang melihat adiknya yang berusia 5 tahun itu kelaparan.
Si Abangpun, baru berusia 12 tahun. Hendak bekerja, kerja apa yang dia boleh lakukan? Mengemis? Dia masih ada harga diri dan tidak mahu meminta-minta belas ehsan dan sumber rezeki yang tidak halal. Nekadkan diri, dia berjalan-jalan dari rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam pagi itu, ke taman berdekatan rumahnya. Di situ, pagi-pagi ramai yang berjogging. Kot2 dia boleh dapatkan upah belikan breakfast bagi orang yang tengah jogging di situ.
Tiba-tiba matanya terhenti. Matanya tertumpu pada seorang pakcik yang sedang asyik berjogging. Namun gaya joggingnya agak kreatif, sambil berjogging, sambil menari-nari ala Gangnam Style sampai cuba mengorat awek-awek di sebelah (kita panggil saja pakcik tersebut Pakcik Goyang).
Entah macam mana, Pakcik goyang itu terperasan mata sugul yang sedang memerhatikannya.
Pakcik Goyang : Adik, kenapa adik nampak sedih? Pucat nampak adik? Dah makan blom?
Si Abang : Saya,saya…..(masih keliru untuk percayakan Pakcik tersebut yang nampak macam kacak tapi nampak gatal juga)
Pakcik Goyang : Jom adik, kita pi kedai makan. Pakcik belanja..
Entah macam mana, dia ikutkan saja…Sampai di sana, pakcik goyang tersebut belanja dia makan kuih pau dan teh tarik. Sedap dan berselera dia makan. Tiba-tiba, dia teringatkan adiknya.
Si Abang : Pakcik, kalau saya tapaukan untuk adik saya sekali boleh?
Pakcik Goyang : Boleh adik, adik ambilla apa yang adik nak…Abang belanja…
Si abang bungkuskan nasi lemak dan telur separuh masak untuk adik dan ibunya. Sungguh tidak disangka, di sebalik wajah pakcik tersebut yang nampak gatal dan gedik, ternyata baik budinya…..Berlinangan jatuh airmatanya.. Syukur, adiknya tidak kelaparan hari ini-
10 Alasan Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat
1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.
2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?
3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.
4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?
5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda
6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.
7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.
9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, “Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi”
10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
Thursday, 1 November 2012
USRAH penting sangat ker??
Assalammualaikum readers.. uolss mcm mana sihat semuanya? harap2 tk de lah sakit2 ye,, Alhamdulillah Allah still bagi nikmat kesihatan untuk terus beribadat kepadanya, so jgn lah sia2 kan nikmat sihat yg Allah bagi tu,, Tajuk entry for this new post is... USRAH penting sangat ker?? Haissyyy... mmg geram betul kalau ade yang menyoal mcm tu.. tak patut lah tanye mcm tu, tu kan tuntutan dalam agama juga,, hah,, sebelum fiqa nak marah2 sape2 yg menyoal mcm tu perlu lah diberi definasi dulu ape itu USRAH.. hah,, ni yg nak jelaskan.. Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.
Dari segi istilah, usrah ialah ikatan perpaduan yang dibina atas dasar iman dan Islam dengan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya):
“Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah.” [Al-Maidah, 5:2]
uolss got it ? in sya Allah..
jadi korang dah clear belum pasal usrah ny?? belum lagi?? hah.. takpe2,, fiqa pun nak membebel panjang ny,, :) dari pengalaman fiqa yg dah join group usrah kat tempat study yg dipimpin oleh kak aida(org nye cantik,manis,solehah) single lagi,, tp not avaiable okeyy,,kak aisyah..kak huda (semuanya stock tudung labuh) :P bile fiqa join usrah ni byk sgt pengisian yg fiqa dapat, contohnya dari segi akhlak,ilmu,rohani dan jasmani, usrah ni dapat membentuk jiwa yg tenang bile kite dekatkan diri dgn agama ofc lah Allah bg ketenangan tu.. Alhamdulillah rase terisi sgt2.. selain daripada tu usrah ni TERDAPAT TIGA PERKARA PENTING DALAM USRAH IAITU:
>TA'ARUF(BERKENALAN)
>TAFAHUM(SALING MEMAHAMI)
>TAKAFUL(TOLONG MENOLONG
mmg nak cakap org yg sape2 yg join usrah ni dy tak rugi n sia2,, sbb dari usaha yg kecik akan beri impak untuk usaha besar yg lain2,, contohnya mcm rase sayang nak tinggalkan solat.. percakapan pun terpelihara,, sentiasa igt Allah.. so,, kalau ade usrah tu rajin2 lah pergi,, insyaAllah korg tak kan rase rugi.. malah korg rase mcm nak pegi lagi,, nak pegi lagi.. USRAH itu BEST! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)